Bunga Kastuba (Poinsettia)


Kastuba (Euphorbia pulcherrima) atau poinsettia (/pɔɪnˈsɛtiə/ or /pɔɪnˈsɛtə/)[1][2] adalah tanaman subtropis yang berasal dari Mecixo Selatan dan Amerika Tengah. Poinsettia diberi nama menurut duta besar pertama Amerika Serikat untuk Mexico,[3] Joel Roberts Poinsett,[4] yang memperkenalkan tanaman hias ini ke AS pada tahun 1825.


                 Bunga yang dikenali sebagai bunga natal kerana digunakan sebagai tanaman hias pengganti bunga yang sukar didapati pada musim sejuk. Tanaman perdu ini memiliki ketinggian 60 cm hingga 4 meter. Daun berbentuk oval berwarna hijau tua dengan panjang sekitar 7 hingga 16 cm.




            Bunga yang disebut cyathia bergerombol di hujung batang tersusun dalam rangkaian dan tidak mempunyai daun mahkota, tetapi di bawahnya terdapat daun bahagian atas (disebut braktea) yang berwarna merah tua, merah jambu, dan putih. Daun tanaman bahagian atas yang berwarna menarik inilah yang sering disangka sebagai bunga.




                    Tanaman ini memerlukan sinar matahari pagi, tetapi perlu keadaan teduh ketika hari mulai panas. Di negara beriklim sejuk, tanaman tidak tahan cuaca dingin di bawah 10 °C dan tidak sesuai untuk ditanam di luar rumah.





               Setelah dipelihara beberapa lama, Kastuba sering tidak  lagi berdaun merah seperti waktu baru dibeli. Tanaman perlu diletakkan di tempat gelap dalam jangka waktu lama agar berbunga semula. Malam yang panjang di musim gugur diperlukan bagi tanaman agar boleh berbunga, dan tanaman tidak mahu berbunga walaupun cuma sedikit saja terkena cahaya pada waktu malam. Di kawasan tropika tanaman yang tidak mahu berdaun merah boleh ditutup bahagian atas tanaman dengan kain atau plastik hitam dan dijauhkan dari sinar matahari.

                    Kastuba boleh diperbanyak dengan cara penanaman batang, potongan cabang yang tua direndam di dalam bekas berisi air sebelum ditanamkan ke dalam bekas tanam yang terdiri daripada campuran tanah dan pasir. Sebelum dimasukkan ke wadah berisi air, getah yang ada pada batang harus dilap  terlebih dahulu.



Sumber: wikipedia




Pokok bunga kastuba di Taman Arif



                Pokok kastuba ini pada mulanya orang menyangka saya meletakkan bunga plastik/tiruan heee memang cantik merah mak ngah amboii. Tetapi rumit juga hendak menjaga si pokok nan satu ini kerana fungus suka pada bahagian bawah daunnya. Saya akan semburkan dengan spray awesome atau spray serai. Nampaknya berkesan untuk jangka masa yang agak lama dan saya perlu mengulang semula lebih kurang dua minggu sekali. Selain itu, saya perlu memindahkan ke pasu yang lebih besar sedikit agar  lebih  baik tumbesarannya. Sayangnya ........bukan mudah hendak mendapatkan pokok ini......sukar didapatkan dari nurseri sekalipun.















Previous Post Next Post