Proses taman sebelum dan selepas
Taman memerlukan penyelenggaraan pemulihan dan pemeliharaan setiap masa. Kekangan masa dan kewangan membataskan proses tersebut. Namun, setiap yang dilakukan memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Oleh itu, saya telah dapat merealisasikan impian menyediakan taman yang cantik dan ceria.
Pada tahun 2019, saya berfokuskan tema diy iaitu menggunakan barangan kitar semula. Masih menggunakan tanaman hiasan namun tanaman hiasan tahan cuaca panas dan tahan lasak serta lama untuk hidup menjadi pilihan kali ini. Landskap yang menarik menjadi fokus saya agar susun atur pokok tidak serabut kerana ruang taman yang kecil.
Berbanding tema tahun 2018 iaitu taman selamatkan lebah dan rama-rama, pada tahun ini tanaman hiasan vinca garden masih menjadi tumpuan lebah dan rama-rama malah burung. Begitu juga rose garden dan tanaman hiasan lain yang menjadi tumpuan haiwan tersebut, cuma saya tidak begitu berfokuskan haiwan tersebut kerana kepelbagaian tanaman hiasan tidak begitu meriah seperti tahun 2018...itulah perbezaannya.
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Selepas
Dan lagi......
Diharap buah tangan saya ini menjadi inspirasi untuk idea pembaca sekalian untuk menghias taman. Sesungguhnya menjadi terapi minda setiap kali kita memandangnya. Minat dan bersungguh-sungguh kunci utamanya.
Selamat mencuba :)