Taman bougainvillea (Bougainvillea garden)

Pokok bunga kertas (bougainvillea)

Pokok bunga hiasan yang dikenali sebagai tanaman yang lasak, tahan cuaca panas dan senang dijaga. Bunganya senipis kertas dan warnanya yang terang  seperti merah, kuning, putih dan sebagainya. Pastikan disiram jika tanahnya kering kerana pokok ini tidak suka bertanah lembab. 

                    Sifatnya yang suka ekstrem kerana semakin cuaca panas, akarnya yang bersesak-sesak semakin akan berbunga. Pokok ini bukan jenis manja tetapi perlu terseksa hehe barulah mahu berbunga. Malah tidak suka ditanam di tanah dan lebih suka ditanam dalam pasu supaya dapat berhimpit-himpit akar. 

                    Pokok ini juga mudah dibentuk sekiranya kita mahu lilit pada tiang, pintu gerbang dan sebagainya. Bunganya pun tidak bermusim dan sentiasa ada jika kita menjaganya dengan baik.

           












Previous Post Next Post