Taman desert petunia (desert petunia garden)

Desert petunia


Tumbuhan ini digelar pokok gurun kerana ditanam di mana-mana pun senang hidupnya. Cantik berbunga pada waktu pagi, tetapi petang pula atau masa hujan bunganya akan mula gugur. Sesuai jika ditanam untuk landskap pagar atau ditanam dalam jumlah yang banyak....purple mata hitamku. Mula-mula saya menanam, hanya empat pasu sahaja. Nah, sekarang bagai desert petunia garden. Saya mengidamkan warna pink pula la...tapi belum mendapatkannya. 

                Walaupun senang ditanam, namun saya lebih suka memangkas dan terus menanam dalam pasu pot dahulu. Jangan lupa diletak di tempat yang teduh. Selang dua minggu, barulah pokok dalam pasu pot itu dipindahkan di atas tanah. Saya tidak menggalakkan terus ditanam dalam pasu kerana pokok harus sentiasa dipangkas agar lebih rendang menarik. Oleh itu, sudah sampai masa memangkas pasti saya sedekahkan kepada rakan-rakan yang lain.

                    Rama-rama suka menghisap madu pokok ini. Taman ini masih lagi dapat menyelamatkan lebah dan rama-rama :)








Bolehlah ke link berikut untuk mengetahui entri yang telah saya bicarakan sebelum ini. Selamat membaca :)






Previous Post Next Post