Pokok ini senang ditanam secara keratan batang. Tanam sulaman perlu kerana pokok akan silih berganti hayatnya tidak lama. Oleh itu, lebih menjimatkan jika dapat menyemainya.
Agak cerewet menanam petunia berbanding desert petunia walaupun bunga hampir sama. Bunganya akan lecuh jika hujan dan kita kenalah rajin membuang bunga yang sudah layu kerana dikuatiri melecuhkan bunga yang lain.