Tahun 4, PENYEDIAAN BONGKAH CENDAWAN

 


BM tahun 4 SK KSSR l Tema: 7 l Unit 20 : MARI BERTANI l PENYEDIAAN BONGKAH CENDAWAN

Buku teks halaman 137.

Kredit: video penyediaan bongkah cendawan melalui QR code http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=2280
SP : 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis.
Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Membaca dengan intonasi yang sesuai. 2. Memberikan respons terhadap dua soalan secara kritis dengan baik dan bertatasusila. Murid berjaya jika dapat: 1. Membaca kuat pernyataan diberi. 2. Membina dua soalan berdasarkan bahan. 3. Memberi respons terhadap dua soalan diberi. RPH: 1. Set induksi: Murid ditunjukkan jenis-jenis cendawan. (gambar) Nyatakan penjodoh bilangan bagi cendawan. 2. Murid menonton video tentang penyediaan bongkah cendawan. (QR code atau youtube) 3. Murid menaakul pernyataan tentang cendawan bongkah yang diberi dalam teks. (Buku Teks ms.137) 4. Murid membaca kuat pernyataan tentang kelebihan menggunakan bongkah dan produk berasaskan bongkah cendawan. 5. Murid dalam kumpulan membina soalan berdasarkan pernyataan diberi. Kumpulan 1- membina satu soalan Kumpulan 2- membina tiga kumpulan 6. Murid menjalankan aktiviti Kerusi Panas. Seorang murid duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi ’pakar’. PAK21 Hot seat (kerusi panas) 7. Pakar akan menjawab soalan daripada rakan tentang bongkah cendawan dengan memberi alasan. Setiap pakar akan menjawab dua soalan sahaja. Kemudian, pakar diganti murid lain. 8. Murid menjawab dua soalan pemahaman dalam buku tulis dengan memberi alasan secara kritis. 9. Murid menulis semula dalam buku tulis. 10. Penutup: Murid menyatakan nilai yang diperoleh.











Previous Post Next Post