Bunga petunia

Petunia ada pelbagai jenis di Taman Arif. Jom kita mengenali petunia yang ada.


Desert petunia

           Petunia jenis ini senang ditanam kerana melalui keratan batang sahaja sudah boleh hidup. Walau bagaimanapun batangnya akan layu untuk beberapa hari sebelum hidup subur menghijau. Jadi kita mestilah letakkan di tempat redup dahulu sebelum memindahkan ke tempat cahaya matahari. Atau ditanam terus ke tanah sebagai tanaman pagar. Lihatlah desert petunia di Taman Arif. Saya dan murid-murid akan perbanyakkan pokok desert petunia ini.


















Rama-rama menghisap madu di pokok desert petunia





Petunia


Pokok bunga petunia ini berasal dari Amerika Selatan  dan perkataan petunia tu berasal daripada "petun" yang bermaksud "tembakau" dalam bahasa Perancis. Ini mungkin kerana tumbuhan ini satu keluarga dengan pokok tembakau iaitu keluarga Solanaceae.


              Bunga petunia ini ada bermacam-macam jenis dan warna. Ada warna putih, pink, purple, merah dan kuning. Yang campur-campur warna pun ada, macam merah campur putih dan pink campur putih. Jenis berbunga kecil (multiflora dan miliflora) amat cantik dijadikan pokok pagar, hamparan bunga (flower bed) manakala jenis berbunga besar (grandiflora) sesuai ditanam di dalam pasu atau kotak bunga. Malahan cantik juga jika dijadikan hiasan gantung. Saya letak di dalam sangkar...heee





Petunia dalam sangkar kitar semula.







Bunga-bunga yang telah layu dan lecuh haruslah dibuang kerana jika terkena bunga yang lain boleh menyebabkan bunga itu akan turut lecuh.



Dwarf petunia (Ruelliea)



Related image

Sumber gambar : pinterest






Dwarf petunia di Taman Arif.








Selamat menghias taman.









Previous Post Next Post